Perkhidmatan Pelanggan Luar Biasa Untuk F&B

Butiran

Untuk siapa kursus ini

  • Pengusaha restoran yang ingin mengamalkan perkhidmatan pelanggan luar biasa,

Butiran Kursus

Perkhidmatan pelanggan amat penting untuk bisnes F&B. Banyak kedai yang gagal bertahan, kerana tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan pelanggan mereka. pokoknya, sekali kita menghampakan pelanggan, kita perlu berusaha sebanyak 12 kali usaha untuk memujuknya. Justeru itu, restoran perlu memastikan setiap pekerja mengamalkan khidmat pelanggan yang luar biasa. Ia bagi membolehkan pelanggan merasa sangat selesa dan terus kekal makan di kedai mereka. Bila dikatakan luar biasa maksudnya layanan tersebut mesti terbaik dan diluar jangkaan pelanggan. Kita nak pelanggan sampai berkata "Wow...sungguh hebat service di sini".

Apa yang anda akan pelajari

Didalam kursus ini, anda akan di ajar :- 1. Cara Menyambut Ketibaan Pelanggan 2. Cara Betul Mengambil Pesanan 3. Layanan pelanggan dimeja 4. Mengurus Aduan Pelanggan